Tuesday, October 28, 2008

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Thursday, October 23, 2008

kelesuan budaya ilmu di kalangan mahasiswa


kelesuan budaya ilmu di kalangan mahasiswa


Budaya ilmu di universiti pada akhir ini kita lihat semakin layu di bawa arus globalisasi. Jika dibandingkan dengan zaman sebelum ini, ia amat jauh berbeza. Apa yang menyebabkan perbezaan ini? Ya mungkin ada di antara kita yang akan mengatakan kurangnya pengaruh hiburan pada waktu itu jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Pada waktu itu hanya ada muzik irama klasik sahaja kononnya. Waktu dulu zaman tak canggih dan tidak ada perkara yang mebangkitkan mereka untuk berseronok. Jadi mahasiswa sebelum era globalisasi hanya terperuk di universiti dan melakukan aktiviti diskusi ilmu, perdebatan, forum dan sebagainya. Berapa banyak alas an pun yang kita beri hakikatnya mahasiswa alaf baru ini lebih cenderung hanya untuk berhibur, melaksanakan aktiviti yang banyak menjurus kea rah hiburan semata-mata. Jarang-jarang diadakan diskusi ilmiah,perdebatan,forum,ulasan buku dan lain-lain program yang gmelambangkan keintelektualan mahasiswa menjadi keutamaa. Wang yang diperuntukkan untuk aktiviti pelajar banyak dihabiskan untuk program hiburan semata-mata.Tradisi ilmu sudah terkubur di universiti.
Kebanyakan mahasiswa-mahasiswa sekarang langsung tidak ambil peduli mengenai hal ehwal politik, baik politik dalam negara atau luar negara. Mahasiswa sekarang juga langsung tak ambil peduli mengenai masalah-masalah sosioekonomi golongan miskin di negara ini. Mereka asik dilalaikan dgn aktiviti-aktiviti berunsur hiburan yg berupaya melalaikan mereka dari memikir masalah-masalah negara.

Ada juga di kalangan mahasiswa, yang tidak terjebak dengan aktiviti hiburan, tetapi hanya menjadi golongan yang masuk dan keluar dewan kuliah, kemudian membawa haluan masing-masing dan terperuk di bilik. Golongan ini dikatakan hanya dating ke universiti semata-mata untuk ke dewan kuliah memenuhi kedatangan dan ilmu itu cukup untuk mereka. Golongan ini juga tidak menyertai aktiviti berpersatuan, malah tidak berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan mungkin ada di kalangan mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di universiti mereka.

Realiti di Malaysia, kelompok mahasiswa yang sedar akan peranannya sebagai pemudahcara masyarakat itu wujud, tetapi kelompok ini dalam jumlah yang sedikit. Tidak dinafikan masih ada program-program berbentuk ilmiah namun bilangannya amat sedikit dan jika program itu wujud, kehadiran mahasiswa yang menghadirinya amat sedikit dan mungkin boleh dibilang dengan jari. Manakala, isu- isu dalam Negara banyak dipelopori oleh mahasiswa yang aktif dalam aktiviti debat dan juga sesetengan pimpinan pelajar di ipt. Mana mahasiswa-mahasiswa lain??
Ayuh mahasiswa, kita bangkit kembali membudayakan ilmu di universiti kita. Namun apa yang penting budaya ini tidak akan hidup melainkan kita sendiri yang menhidupkan dalam diri kita dahulu.

undang-undang




Perbandingan Undang-undang Jenayah Islam Dengan Undang-undang Ciptaan Manusia:



Walaupun pada dasarnya Undang-undang jenayah Islam dengan undang-undang ciptaan manusia mempunyai matlamat yang agak serupa iaitu untuk melindungi kepentingan umum serta memberi pengajaran kepada pelaku kesalahan itu sendiri supaya tidak mengulangi lagi, tetapi kalau kita perhati secara halus dan lebih mendalam kita akan dapati ada beberapa perbezaan. Antaranya ialah:


1. Undang-undang Jenayah Islam adalah ciptaan Allah S.W.T. yang bersifat Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui tentang sesuatu, sudah tentu undang-undang yang dicipta-Nya itu sesuai untuk setiap masa dan tempat. Oleh sebab itu undang-undang Islam dalam semua bidang tidak berubah dan bertukar mengikut masa dan tempat. Manakala Undang-undang ciptaan manusia sentiasa menerima perubahan mengikut keadaan, masa dan tempat serta kemahuan orang yang membuat undang-undang.


Setiap Muslim wajib mempercayai kebenaran undang-undang ciptaan Allah dan mematuhinya, serta wajib berusaha untuk menegakkannya. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa. Orang itu bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T., tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim. Undang-undang Islam adalah berasaskan pada sumber yang utama iaitu al-Quran al-Karim.


Jadi implikasi daripada tindakan orang yang seperti itu pertama, bersalah kerana tidak menjalankan hukum-hukum Allah dan keduanya bersalah kerana mengkritik Undang-undang Allah yang boleh merosakkan aqidah dan keimanannya. Allah S.W.T. berulang-ulang mengingatkan umat Islam supaya mengikut hukum Allah dalam memutuskan suatu perkara, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:


"Dan Kami (Allah) telah turunkan kepada kamu kitab al-Ouran dengan membawa kebenaran, maka hukumlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan membelakangkan kebenaran yang telah datang kepada kamu". (al-Maidah: 48)


Ringkasnya, bolehlah dikatakan bahawa orang yang memutuskan sesuatu tidak mengikut hukum Allah akan termasuk dalam salah satu golongan yang disebutkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:


"Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir". (al-Maidah: 44)


Golongan yang pertama ini tidak menjalankan hukuman Allah ialah kerana ingkar dan tidak mempercayai kebenaran hukum Allah.
Dalam ayat lain Allah menjelaskan perkara ini yang bermaksud:


"Dan orang yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah dia adalah orang-orang yang fasik". (al-Maidah: 47)


Mereka tidak menjalankan hukum Allah bukan kerana tidak percaya tetapi kerana lebih mementingkan undang-undang lain untuk kepentingan diri sendiri dan hawa nafsu.


Golongan yang ketiga, orang yang tidak menjalankan hukum menurut apa yang diturunkan Allah ialah orang-orang yang zalim. Firman Allah bermaksud:
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah dlturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Maidah: 5?)

Pengecualian:
2. Undang-undang Islam memandang manusia itu sama rata. Tidak ada bezanya di antara berpangkat tinggi atau rendah, miskin atau kaya, pihak yang berkuasa ataupun rakyat biasa. Siapa sahaja yang melakukan kesalahan tetap akan menerima hukuman. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan diberikan kepada pihak-pihak yang tertentu. Hukuman dikenakan secara menyeluruh kepada semua golongan masyarakat yang sudah mempunyai cukup tanggungjawab (mukallaf) terhadap kesalahan yang dilakukan.


Banyak keterangan yang membuktikan keadilan undang-undang Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang perempuan bangsa Makhzumi yang akan dipotong tangannya kerana kesalahan mencuri tetapi datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w meminta supaya perempuan itu tidak dihukum. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda di khalayak ramai yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah binasa bangsa yang sebelum kamu kerana apabila seorang yang berkedudukan tinggi mencuri dibiarkan tetapi apabila orang yang berketurunan rendah mencuri dipotong tangannya." (Riwayat Muslim)
Pada masa Sayidina Umar menjadi Khalifah, beliau telah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada anaknya sendiri kerana kesalahan minum arak sebagai memberi ingatan kepada keluarganya bahawa undang-undang Islam tidak memberi keistimewaan kepada keluarga pemerintah dan untuk menunjukkan keadilan Islam. Manakala dalam undang-undang ciptaan manusia, walaupun pada umumnya untuk menjaga kepentingan orang ramai tetapi sebaliknya, ia digubal untuk menjaga kepentingan suatu golongan sahaja. Sebab itu dalam mana-mana undang-undang positif (dunia) terdapat fasal-fasal yang memberikan hak keistimewaan kepada golongan tertentu ataupun orang-orang perseorangan dengan tidak ada undang-undang yang boleh mendakwanya.


3. Undang-undang Islam berhubung rapat dengan soal akhlak atau perasaan hati. Islam menganggap budi pekerti yang baik sebagai sendi masyarakat. Oleh kerana itu tiap-tiap perbuatan yang bertentangan dengan akhlak tetap akan menerima balasan dan hukuman, sama ada di dunia atau di akhirat. Mana-mana kes yang mempunyai bukti dan keterangan yang lengkap akan dihukum di dunia ini, manakala kes-kes yang tidak terang dan tersembunyi, ia tetap akan menerima hukuman di hadapan Hakim Yang Maha Adil.


Berbanding dengan undang-undang positif (dunia) yang boleh dikatakan mengetepikan langsung soal akhlak. Undang-undang positif (dunia) akan mengambil tindakan kepada seseorang hanya apabila perbuatannya itu membawa kerosakan secara langsung kepada orang lain. Sebagai contohnya, perbuatan zina yang tidak dianggap salah oleh undang-undang positif kecuali jika sekiranya dengan cara perkosaan atau tanpa kerelaan sebelah pihak. Undang-undang Islam menganggap perbuatan zina itu adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan akhlak walaupun ia dilakukan dengan kerelaan kedua-dua belah pihak. Pada zahirnya zina yang dilakukan dengan kerelaan kedua-dua belah pihak itu tidak ada pencabulan tetapi pada hakikatnya perbuatan itu adalah mencabuli kehormatan manusia iaitu dengan merosakkan keturunan umat manusia. Ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat dengan kelahiran anak-anak yang tidak berbapa. Perbuatan itu juga mencabuli hukum Allah, kerana Islam telah mengatur manusia supaya melakukan hubungan jenis mestilah melalui akad nikah yang sah, bukan mengikut cara yang dilakukan oleh haiwan. Oleh sebab itu pesalah-pesalah zina tetap dikenakan hukuman walaupun mereka melakukannya dengan kerelaan kedua-dua belah pihak.

Ketenteraman:
Begitu juga perbuatan minum arak, undang-undang Islam memandang perbuatan itu satu kesalahan walaupun sipeminum itu tidak sampai mengganggu ketenteraman orang ramai. Sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak menganggap meminum arak satu kesalahan melainkan jika peminum tersebut berada di khalayak ramai dan mengganggu ketenteraman orang ramai. Pada lahirnya memanglah perbuatan itu tidak mencerobohi sesiapa, tetapi pada hakikatnya minuman arak itu boleh merosakkan akal fikiran manusia. Apabila akal sudah rosak dengan sebab minum arak, ia boleh menjadi punca kepada perbuatan keji yang akhirnya membahayakan masyarakat umum.
Pertalian yang rapat di antara undang-undang jenayah Islam dengan masalah-masalah akhlak, akan menjadikan seorang mukmin itu merasai bahawa tiap langkah dan tindak-tanduknya sentiasa dalam perhatian dan ia akan merasa bersalah. Perasaan ini akan menyebabkan setiap individu muslim menjauhkan diri dan melakukan sebarang kesalahan.
Perbandingan undang-undang Islam dengan undang-undang Barat amatlah jelas. Bagi kita, orang Islam seharusnya bergembira dengan undang-undang Islam yang baik dan agung itu Kerana undang-undang Islam berpunca dari dasar-dasar yang jelas iaitu wahyu Allah dan hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w. Al-Quran dan Hadis itu kemudiannya diperluaskan oleh para sahabat dan imam mujtahid yang terkemudian dalam menentukan sesuatu hukum. Dapat ditegaskan bahawa undang-undang Islam adalah diambil dari al-Quran dan Hadis, kemudian diperluaskan dengan ijmak, qias dan lain-lainnya.


Tujuan pelaksanaan undang-undang mengikut Islam ialah untuk menjaga lima prinsip asas manusia yang perlu diberi perlindungan. Lima prinsip tersebut ialah, menjaga agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.
Melindungi kepentingan agama Islam adalah salah satu kemuliaan yang diberikan kepada manusia. Oleh itu iktiqad orang yang beriman, mestilah dibetulkan, kebebasan beragama mestilah diberikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Islam.
Menjaga kehormatan nyawa bermakna memberi hak untuk hidup yang mulia. Termasuk dalam jumlah ini menjaga anggota tubuh badan daripada dirosakkan, juga dikehendaki menjaga maruah dan kehormatan danpada dicerobohi dan dihina. Di samping itu menjaga akal fikiran daripada rosak supaya tuannya tidak membebankan masyarakat, dan menjadi punca kejahatan. Oleh kerana itu Islam menghukum peminum-peminum arak dan seumpamanya.
Menjaga keturunan manusia supaya setiap bayi dilahirkan akan dididik dengan baik oleh kedua-dua ibu bapanya. Oleh itu diadakan peraturan nikah kahwin dalam Islam. Islam melarang perhubungan yang tidak mengikut syarak. Islam juga melarang orang beriman menuduh zina kepada orang-orang yang tidak bersalah kerana tuduhan itu boleh merosakkan nama baiknya. Untuk menjaga kepentingan ini Islam mengenakan hukuman berat ke atas pesalah-pesalah zina dan orang yang membuat tuduhan-tuduhan zina secara palsu.
Menjaga harta benda juga suatu kewajipan, sebab itulah hukuman yang berat dikenakan ke atas orang-orang yang merosakkan harta benda sama ada dengan mencuri, menipu, rasuah dan sebagainya. Islam mengadakan peraturan yang sewajarnya dalam mengawal harta benda orang Islam.
Berasaskan kepada masalah tersebut ulama Fiqh membahagikan kesalahan dan hukuman dalam undang-undang Islam kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah Hudud, Qisas dan Takzir.

Sumber: Sinaran Islam, Tahun 8, Bil. 2, Jun 1988, hal. 8-15.

neGara IsLAM


Matlamat Negara Islam


Menurut Islam, menjadi pemerintah ialah untuk mencapai matlamat, bukannya menjadi matlamat. Mewujudkan Negara Islam itu ialah memungkinkan kita melaksanakan perintah Allah dan ini tidak boleh dilakukan secara individu. Menegakkan negara Islam ini terkandung di dalam matlamat melaksanakan perintah Allah SWT yang di gariskan kepada tiga perkara,

1. Matlamat Khulafah. Iaitu tugas yang maha besar yang diisytiharkan oleh Allah kepada para malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat. Sesungguhnya Aku akan jadikan di muka bumi itu khalifah."

Para ulama mentakrifkan Khulafah itu sebagai “Mengalang-ganti keNabian di dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya (iaitu dengan agama).

Dari takrif tersebut, kita dapati dua unsur terpenting di dalam tujuan kejadian manusia.

· Menjaga agama

· Mentadbir dunia

Menjaga agama dilakukan dengan melaksanakan dua perkara pokok.

a) Menegakkan Islam dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dengan menyatakan apakah Islam yang sebenar kepada seluruh manusia dan membuktikan kebaikan ajaran dan hukum-hukumnya di samping mempertahankan dari musuh.

b) Melaksanakan Islam dengan mengamalkan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam semua urusan. Termasuk juga di dalamnya urusan bermasyarakat dan bernegara. Menyeru dan mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak ke atas sesiapa yang tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan dengan kuasa pemerintah.

Mentadbir dunia dengan agama ialah menghayati bahawa urusan dunia itu termasuk juga di dalam urusan agama. Ia mestilah patuh kepada perintah agama. Apa yang dimaksudkan ialah segala urusan negara yang membawa kepada kebaikan dan menolak keburukan tidak akan sempurna dan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT terutamanya perkara-perkara yang berhubung dengannya.

1. Menegakkan keadilan di kalangan manusia

Ciri-ciri utama mentadbir dunia dengan agama ialah beriltizam sepenuhnya dengan keadilan kerana ia menjadi tunggak yang menguatkan negara. Sebenarnya kezaliman itu tidaklah menandakan kekuatan negara tetapi menandakan keruntuhannya.

Di dalam Islam makna adil ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya menurut hukum Islam. Dengan keadilan itu terjamin pemberian hak kepada yang berhak dan tidak berlaku zalim kepada yang berhak. Pemerintah hendaklah bertindak menentang kezaliman daripada diri sendiri. Al-Alamah Ibnu Khaldun menjelaskan makna zalim di dalam kitabnya Al-Muqqadimah:

Janganlah kamu menyangka zalim itu mengambil harta atau merampas milik tanpa alasan dan gantian yang wajar seperti diketahui umum, tetapi zalim itu bermakna lebih luas dari itu. Zalim itu ialah setiap orang yang mengambil milik orang lain atau merampas di dalam kerjanya, atau membuat permintaan yang tidak sebenar, atau mewajibkan kepada seseorang dalam perkara yang tidak diwajibkan oleh hukum syarak. Oleh itu mengambil cukai dengan cara yang tidak benar adalah zalim, bertindak mencari kesempatan daripadanya adalah zalim, menghalang hak orang lain adalah zalim. Kesemua akibat penyakit zalim yang berlaku menjadi bebanan negara ke arah membawa keruntuhan.

Bagi menegakkan keadilan, pemerintah wajib memberi tugas urusan negara kepada orang yang berkelayakan dan mempunyai sifat yang baik. Bukannya berdasarkan kepada orang yang berada di sekeliling pinggang tanpa membezakan di antara pengampu dan penasihat.

Pemerintah juga hendaklah mengawasi jentera kerajaan dan petugas-petugasnya agar mengikuti jalan yang sebenar dan tidak cuai dalam mengendalikan urusan negara untuk umatnya. Di dalam kitab Fiqah Siasi di sebut al-Hasabah atau Nizamul Hasabah perlu di wujudkan. A Hasabah ialah satu badan yang diberi kuasa penuh bagi menjalankan tugas munasabah terhadap perjalanan pentadbiran dan hal ehwal rakyat di samping menerima pengaduan rakyat.

2. Membentuk pandangan yang mulia dan kebebasan pendapat yang bermaruah.

Dengan menggalakkan amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat menasihati maka terbentuklah satu umat yang dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dijadikan untuk manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”

Dan Allah SWT melaknat umat yang tidak wujud sifat-sifat tersebut. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dilaknati akan orang-orang Kafir di kalangan Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa bin Maryam, yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas, mereka selalu tidak melarang antara satu sama lain dalam perkara mungkar yang mereka perbuat, sesungguhnya amat buruk apa yang selalu mereka perbuat itu.”

Di antara sifat yang berlaku sekarang ialah tidak memberi kebebasan kepada akhbar untuk mengkritik walaupun yang membina menurut Islam, di samping itu memebebaskan ruang yang menggalakkan kemungkaran, dan di antaranya ialah menutup penyelewengan dan kezaliman yang berlaku.

3. Menghormati taraf kemanusiaan.

Di antara peranan yang dilakukan oleh Negara Islam itu ialah menghormati dan mempertahan taraf kemanusiaan sebagai makhluk yang mulia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami menanggung mereka di daratan dan dilautan. Kami berikan mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”

4. Menegakkan keamanan dan kestabilan

Negara Islam berkewajipan menjamin keamanan dan kestabilan negara demi memelihar kepentingan agama, nyawa, akal, kehormatan dan perkembangan harta benda. Ini semua dapat dijalankan dengan cara yang sempurna apabila undang-undang negara dan sistem dalam segala aspek dilaksanakan secara menyeluruh menurut undang-undang dan sistem Islam.

5. Menyediakan keperluan rakyat

Di antara perkara yang termasuk di dalam urusan pentadbiran dunia dengan agama ialah menyediakan kemudahan-kemudahan rakyat di dalam semua kehidupan mereka. Dari segi ilmu, pemerintah mestilah menyediakan pusat-pusat pengajian di semua peringkat dan jurusan. Dari segi ekonomi, pemerintah hendaklah memberi kemudahan pekerjaan seperti di dalam sektor industri, pertanian, perdagangan dan lain-lain. Ini termasuk dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan umum ataupun memberi kemudahan dan perlindungan dalam perkara yang dilibatkan oleh rakyat secara langsung.

6. Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan rakyat

Di dalam urusan dunia yang ditadbir dengan agama, pemerintah juga haruslah menggalakkan perkembangan kemajuan negara dan rakyat seperti menggalakkan pelaburan yang berfaedah sama ada dari dalam atau dari luar negeri. Di samping itu kerajaan juga haruslah menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi membantu kemajuan negeri dan rakyat.

Al-Imam Abu Yusof telah menyebut di dalam kitab al-Kharaj:

Untuk menggalakkan pertambahan hasil negara dan kesenangan rakyat agar bertambah hasil pertanian yang dengannya maka akan bertambahlah zakat yang diambil dari orang Islam dan kharaj dari orang bukan Islam, pemerintah hendaklah menyediakan kemudahan taliair untuk para pertani dengan perbelanjaan pemerintah.

Apa yang disebutkan di atas itu ialah suatu contoh di zaman beliau.

2. Di antara matlamat Negara Islam itu ialah menunaikan amanah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit bumi, bukit bukau dan gunung ganang, semuanya enggan memikul amanah itu dan khuatir mengkhianatinya, lalu dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.

Menurut pendapat Mufassirun, amanat itu memberi makna yang luas di antaranya ialah menegakkan undang-undang Allah dan mentadbir urusan manusia. Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, zalim dan jahil itu dikecualikan orang yang diberi taufiq dan memohon pertolongan Allah. Para Nabi dan Rasul dan orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya tidak termasuk di dalam kalangan yang zalim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul SAW dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya.”

Ayat ini bermaksud semua amanah, termasuk menegakkan hukum Allah SWT di dalam Negara Islam. Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang memberi makna tersebut. Al-Imam Muslim meriwayatkan di dalam syahihnya yang bermaksud:

“Dari Abi Zarr RA, katanya: ‘saya telah berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, mengapa tidak melantik saya (memegang jawatan pemimpin), lalu ia menepuk bahu saya dengan tangannya kemudian ia bersabda, wahai Abu Zarr, awak seorang yang lemah, ia adalah amanah dan di akhirat nanti ia membawa kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambilnya dengan sebenar dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya.”

Di dalam syahih Bukhari di sebut satu hadith berhubung dengan amanah yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah RA, katanya, sedang Rasulullah SAW berada dalam satu majlis, ia berucap kepada orang-orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Badwi), ia terus bertanyakan Rasulullah SAW:

“Bilakah kiamat?”

Rasulullah SAW meneruskan ucapannya. Ada orang yang berpendapat, ia mendengar pertanyaan itu dan ia tidak suka dengan cara pertanyaan seperti itu. Ada yang berpendapat ia tidak mendengarinya. Apabila Rasulullah SAW selesai berucap, tiba-tiba ia bersabda.

“Tadi saya mendengar ada orang yang bertanyakan tentang kiamat.”

Lalu orang Badwi tersebut menjawab.

“Ya, saya ya Rasulullah.”

Rasulullah SAW pun bersabda.

“Apabila dipersia-siakan amanah maka tunggulah kiamat.”

Orang Badwi itu bertanya lagi.

“Bagaimanakah mempersia-siakan amanah itu, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab.

“Apabila disandarkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya.”

Para ulama’ yang mengulaskan hadith ini mewajibkan pemerintah menyempurnakan matlamat amanah dengan melantik orang yang berkelayakan dan mempunyai sifat keIslaman.

Melaksanakan kerja pemerintahan secara Islam adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada negara, sama ada ia dipilih dengan keredhaan rakyat ataupun tidak. Kewajipan menunaikan amanah tetap dibebankan ke atas bahunya. Oleh itu maka wajiblah ia menunaikan amanah Allah SWT dan meletakkan amanah itu kepada rakyat menurut tempatnya yang betul menurut hukum Islam. Dengan itu ternyatalah sama ada ia berlaku adil atau tidak.

Kita perlu memahami bahawa bukanlah menegakkan Negara Islam itu menjadi kemuncak matlamat walaupun ia menjadi satu kewajipan yang tidak harus dipertikaikan lagi. Yang menjadi kemuncaknya ialah menegakkan masyarakat yang sempurna, yang terselamat dari penyakit kezaliman dan melampaui batas Allah SWT. Oleh itu menjadi kenyataan sejarah Islam, apabila ada golongan yang menerima dasar tersebut, maka wajiblah umat Islam memberikan kesetiaan kepadanya dan tetap mengekalkan pimpinan yang ada tanpa mengira di mana dan bila. Maka kita hendaklah tetap menentang kezaliman walaupun berlaku di Makkah dan oleh seseorang yang sebangsa dengan Rasulullah SAW.

3. Ibadah Allah (Pengabdian kepada Allah)

Menurut ajaran Islam, semua manusia adalah hamba Allah SWT, sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin. Mereka tertakluk di bawah tujuan asal mereka diciptakan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku, Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh, maka sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim dibahagikan siksa seperti bahagian teman-teman mereka dahulu, maka janganlah mereka meminta Aku menyegerakannya.”

Setiap orang Islam yang menjadi pemerintah mestilah beriman dengan segala ajaran Islam. Di antaranya ialah berhubung dengan pemerintahan. Mereka diwajibkan tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh Allah SWT di atas sifat mereka sebagai hamba Allah. Sebarang langkah tidak percaya atau meminda hukum, mencipta hukum sendiri adalah pelampau batasan Allah SWT dan berlagak menyanggah Tuhan dan membatalkan Iman. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukminat, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”

Melaksanakan Hukum Allah SWT bukan hanya menghilangkan atau menyelesaikan masalah di dunia ini sahaja malahan mereka akan dibuat perhitungan di Akhirat. Oleh itu mereka bukan sahaja diwajibkan meletakkan urusan pemerintahan itu mengikut Hukum Allah di dunia sahaja tetapi mereka akan ditimbang pada hari kiamat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan bagi Allah juga akibah segala urusan.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia akan ditanya tentang urusan rakyatnya.”

Al-Imam Malik bin Annas RA telah mengutuskan surat nasihat kepada Khalifah Harun al-Rashid. Di antaranya beliau menulis.

Sesungguhnya tidak terselamat sedikitpun dari urusanmu kalau diserahkan kepada orang yang tidak takutkan Allah.

Al-Imam Abu Yusof RA menulis kepada Khalifah yang sama.

Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah, bagi-Nya segala kepujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan siksanyapun amat besar……

Apa yang tersebut menunjukkan bahawa masalah Negara Islam termasuk di dalam perkara matlamat ibadah yang menjadi sebahagian daripada hikmah kejadian manusia. Oleh itu ia mempunyai hubungan dengan perkara dosa dan pahala, sah dan batal, benar atau sesat.

Demikianlah secara ringkas, tentang Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, semoga menjadi renungan bersama ke arah menegakkan keadilan Illahi dan bertindak menentang kezaliman, untuk kebahagian manusia seluruhnya di dunia dan di akhirat.

Wallahu aklam.

ruMAhku SyUrgaKU


Tips membina’ syurga’ rumah tangga

Dalam usaha membentuk keluarga sejahtera umpama syurga oleh semua ahli keluarga, perkara asas yang perlu diberi perhatian dan diamalkan oleh setiap ahli keluarga.perkara-perkara yang mesti diberikan keutamaan:

1) membina kebahagian; kebahagian adalah abstrak serta subjektif yang lahir daripada hati seseorang. Antara kebahagian dapat dilihat apabila seseorang itu berasa senang, gembira melihat raut wajah serta tingkah lakunya. Kegagalan mendapatkan kebahagian akan menjadikan individu itu berasa kecewa.


2) Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan: ilmu pengetahuan mempunyai tiga kepentingan utama. Pertama, membentuk peribadi muslim. Kedua, membentuk kesatuan ummah yang kuat. Ketiga, mempertahankan kesucian dan ketinggian agama Islam. Sekiranya umat Islam tidak mempunyai ilmu pengetahuan, kesucian agama akan terjejas. Dalam membina syurga rumah tangga, ilmu sangat penting. Ilmu tersebut digunakan anak-anak dari lahir hingga dewasa. Anak-anak pula dihantar ke sekolah untuk mendapatkan pelajaran.


3) Mewujudkan suasana penghayatan islam dalam keluarga: kebahagian dalam sebuah rumah tangga bermula dari rumah. Dalam hal ini, aktiviti solat berjemaah, membaca al-quran bersama, makan bersama dan membaca buku bersama menjadi asas utama dalam pembentukan rumah tangga.


4) Mengekalkan kedamaian dan kerukunan dalam rumah tangga: rumah tangga yang bahagia mempunyai unsure kedamaian dan keselesaan. Suami bertangungjawab memandu isteri dan ank-anaknya ke arah jalan yang diredhai. Ini dinamakan proses didikan yang mana diterapkan unsure-unsur sifat mahmudah dalam kehidupan.


5) Memelihara kesihatan dan kebersihan keluarga: kesihatan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Dalam Islam, kita dianjur supaya menjaga kesihatan dan kebersihan mengikut ajaran Islam. Kesihatan yang baik mampu membantu kita menjalankan ibadat dengan baik.


6) Mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah tangga.: maksud keselesaan ialah, setiap anggota keluarga mempunyai bilik tidur yang selesa, ruang rehat yang selesa , mempunyai ruang udara yang mencukupi dan keperluan lain.


7) Berkomunikasi secara baik dan sopan: komunikasi adalah alat interaksi, di mana manusia akan memperoleh persefahaman, kesenangan, perubahan sikap dan perhubungan yang baik. Komunikasi yang baik dalam keluarga akan menimbulkan rasa kasih dan hormat.


mutiaratihani: moga dengan membina 'syurga' rumah tangga di dunia ini kita akan berjumpa bersama keluarga kita di syurga yang abadi

aSUh Manja


7 tips dekati anak lelaki

Semakin anak membesar dan menjengah kea lam remaja ramai ibu bapa merasakan mereka selesa tanpa perlu memberi perhatian yang lebih dan membelai anak-anak mereka. Anak-anak mereka tidak lagi dipeluk seperti sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Kalau waktu kecil dahulu, walaupun badan si kecil berbau busuk tak kala baru pulang dari sekolah mahupun pulang dari bermain, kita tetap memeluknya dan mengucapkan kata-kata manja. Maka tersengih dan merengek lah anak kecil kita tika itu.


Namun suasana ini jarang kita lakukan apabila anak kita menginjak remaja dan dewasa. Ada juga di kalangan anak yang mengelak untuk dipeluk kerana malu diejak oleh rakan-rakan dan digelar anak manja. Sebenarnya, situasi yang menjadi budaya sewaktu kecil jika dtinggalkan merupakan satu ‘alamat’ anak itu semakin jauh dengan kita. Bicaranya sudah semakin kurang kerana kita menyangakakan semuanya sudah ‘ok’ dan sudah mampu berdikiri.


Hakikatnya, anak remaja sebenarnya memerlukan perhatian, emosi mereka tika itu sedang bergolak, pertukaran hormone daripada alam kanak-kanak kea lam remaja menyebabkan mereka kadang-kadang berada di dalam keadaan keliru dengan diri sendiri kerana sedang mencari identiti diri.


Sewajarnya dalam suasana anak mula menjengah dewasa, ibu bapa perlu lebih akrab dengan anak-anak. Antaranya biasakan budaya memeluk seperti mereka kecil dahulu. Anak perempuan pula perlu selalu dipeluk oleh ibunya supaya mudah meluahkan perasaan yang berkaitan dengan kewanitaan. Anak lelaki perlu kerap dipeluk oleh ayahnya supaya dapat membina jatidiri sebagai pemimpin keluarga kelak.


Hari ini, mendidik anak lelaki juga penuh dengan cubaan memandangkan keadaan dunia yang penuh dengan globalisasi menyebabkan banyak budaya luar yang masuk. Berikut adalah tip-tip bagaimana menambat anak lelaki:


1) biasakan budaya bersalam sebelum keluar rumah, juga sebelum tidur malam. Cara ini akan memudahkan proses komunikasi antara anak sama ada bertanyakan ke mana mereka pergi.
2) Salam bertentang mata
3) Peluk bahu anak sambil menepuk bahunya
4) Sebaiknya peluk pinggang mereka. Cara ini akan menyukarkan mereka melepaskan pelukan kita.
5) Sambil peluk bacalah doa yang baik-baik dan tiupkan perlahan-lahan pada belakang tengkuk mereka. Dalam masa yang sama hidu bau tepi temgkuk, cara ini dapat mengesan sama ada anak itu merokok atau tidak. Bau asap rokok akan melekat pada belakang telinga.
6) Sambil memeluk banyakkan memuji selepas itu barulah disusuli denga menasihati. Anak-anak kita sangan dahagakan puji-pujian daripada ibu bapa untuk menyuburkan jiwa mereka.
7) Ketika melepasakan pelukan sebaiknya ayah berdiri sambil tangan diletakan di atas bahu da meneruskan dengan kata-kata yang baik seperti memberikan dorongan dan puji-pujian. Cara ini akan memudahkan mereka meluahkan isi hati tanpa rasa malu dan tertekan.

Yakinlah anak yang selalu dipeluk, aura keakraban kasihnya dengan keluarga sangat rapat. Percayalah hati anak akan terusik jika selalu dipeluk oleh ibu bapa dan rasa dikasihi.


Peluklah anak kita ketika hayatnya masih ada agar kita tidak terkilan apabila hanya sempat memeluk jenazahnya atau kita yang dipeluk bergelar arwah.

Tuesday, October 21, 2008

motiVaSI untuk bAhagia



Bahagia terletak pada sifat reda

BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.

Pakar motivasi menyatakan: “Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda“. Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: “Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas’ud apabila ditanya: “Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?” Beliau menjawab: “Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?”

Orang banyak mengatakan: “Bahagia itu adalah kepuasan hati.” Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda.

Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang ’sesuai’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita menerima dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya rasa terkejut di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: “Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya.” (Surah al-Bayyinah, ayat 8.)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu :

  • Pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah . Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.
  • Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita reda sebab sayang.

Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda.

Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang ‘diam’ dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah , Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Tanda reda ada tiga :

Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.

Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Reda bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama reda kepada Allah

mutiaratihani: Jalan bahagia ada didepanmu, carilah ia dalam lautan ilmu, amal soleh dan akhlak yang mulia..bersikap optimislah dalam setipa perkara..nescaya kau akan bahagia..

dAkwah


dAie yang Dinamik


Pendakwah juga adalah pemimpin. Adalah silap meletakkan tugas kepimpinan kepada orang politik sahaja. Kepimpinan ada pada semua orang termasuk tokoh korporat, ada pada ahli akademik, malah ada pada setiap sektor masyarakat, ada pemimpin masing-masing.

Untuk menjadi pemimpin, para pendakwah memerlukan persiapan dari segi kerohanian, keilmuan, kejiwaan, sosial dan budaya. Dakwah bukan lagi bergantung kepada retorik dan pandai berucap tetapi bagaimana menterjemahkan segala ucapan dan retorik itu ke dalam praktis di alam realiti. Masyarakat memerlukan contoh yang hidup, bukannya contoh yang ada dalam lipatan sejarah sahaja.

Pendakwah yang ikhlas akan sentiasa bergantung dengan sikap dan budaya tinggi mengharap ganjaran Allah s.w.t. Jika demikian mereka tidak lagi terikat dengan perebutan semasa dengan ganjaran segera yang sedikit dan murahan itu.

Sebaliknya, kerohanian melahirkan penyatuan hati. Bersifat zawqi dan punyai idealisme yang cukup tinggi. Kerohanian juga memberikan sikap muraqabah dan muhasabah diri dalam setiap perlakuan dan tutur kata.

Justeru itu jika ingin menjadi pendakwah yang benar-benar berhemah, tidak harus berhenti daripada belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Idea tidak kering dan minda akan sentiasa terjana dengan baik di bawah kawalan rohani.

Pendakwah berjiwa tinggi dan dinamis akan memiliki sifat keberanian yang luar biasa, mampu berterus terang, kasih dan sayang kepada semua orang, berdisiplin dan memiliki sifat dan segala akhlak mulia. Suka berjiwa mulia kerana ia melahirkan manusia matang dan bijaksana serta dapat mengurus diri secara berimbang dan masyarakat dapat menerimanya dengan baik. Oleh itu jiwa yang kuat sekali gus mampu melahirkan pendakwah yang kental dan tahan uji.

Dinamisme di kalangan pendakwah akan muncul mereka yang tidak takut tak bertempat, malu tak bertempat dan tidak sekali-kali jadi perungus dan pemarah yang tak keruan.

Sementara dinamika sosial menjadikan pendakwah akan menjaga hak-hak orang lain. Mereka beriltizam dengan adab, etika dan moral serta berakhlak tinggi. Juga sanggup melakukan kritikan sosial yang tajam dan berpengaruh.

Etnik

Dalam masyarakat majmuk agama dan majmuk etnik seperti di Malaysia, pendakwah dinamis harus memiliki kefahaman untuk hidup dalam silang budaya. Mereka tidak harus hanya terperosok dalam kaumnya sahaja, tetapi mampu berinteraksi dengan mereka yang mempunyai kelainan dan beza kepercayaan, budaya, malah cara hidup yang berbeza. Jadi pendakwah dinamis ini sewajarnya mampu berinteraksi secara selesa dengan mereka yang beza agama dan beza bangsa. Justeru ia dapat memahami dan mampu berinteraksi secara sopan kerana sudah memahami tabiat kaum lain itu.

Pendakwah harus dapat memahami latar belakang sejarah dan warisan, resam dan identiti pihak-pihak yang pelbagai. Kelainan itu memberikannya variasi dalam bermu‘asyarah dan bermuamalah yang sememang diajar oleh agama Islam.Dalam bahasa Islam, selalu dilaungkan bahawa mereka harus kenal-mengenal di antara satu sama lain, bukannya bersangka buruk dan berperasaan jahat dan wasangka antara satu sama lain.

Untuk kejayaan dakwah yang dinamik ini perlu para pendakwah memahami akan tabiat berlainan, malah memahami kerangka agama dan budaya orang lain. Bukan itu sahaja, wajar pendakwah memahami cara interaksi dengan mendalami sifat khusus psikologi dan budaya mereka yang berlainan agama itu.

Dalam kepelbagaian alat komunikasi dan kaedah perhubungan baru, pendakwah dinamis juga seharusnya dapat memahami cara hidup “bersama” yang interaktif di mana satu pihak dapat mengambil faedah daripada pihak lain. Inilah juga yang dimaksud oleh nabi: Hikmah itu barang yang hilang daripada orang mukmin. Di mana dijumpa, ia lebih berhak untuk mendapatkannya, demikian kira-kira maksud Nabi s.a.w.

Sebarang tembok psikologi harus ditembusi dan apa-apa sahaja yang menghalang dapat dihapuskan agar interaksi dapat berjalan secara terus.

Pendakwah malah umat Islam sepatutnya mampu mengekspresikan nilai, akhlak, syariat secara yang baik, supaya dapat menghasilkan dialog praktis secara tertib, bukan dalam bentuk dialog oral tetapi dialog amal. Justeru itu para pendakwah secara khusus dan umat secara umum semestinya mempertingkat upaya khidmat sosial dan menunjukkan kemampuan menawarkan khidmat kepada sesama serumpun mahupun dengan pihak lain.

Para pendakwah tidak lagi harus hidup dalam kepompong lama, tetapi memperbaharui wasilah dan kaedah, peralatan dan uslub sehingga diyakini dakwah dapat menyelesaikan masalah dan permasalahan bukan dengan kata-kata tetapi secara praktikal.

Sebagai contoh lagi, bagaimana sampai akhlak muslim itu dapat menyerap dalam kehidupan pihak lain dengan contoh dan teladan yang baik.

Hubungan perdagangan, bicara intelektual, malah apa-apa saja hatta pelancongan sepatutnya menjurus ke arah penyerapan unsur baik ke dalam unsur yang rendah. Ketika itu barulah dapat dikatakan semua aktiviti kehidupan menjadi ibadah dan dakwah.

Pendek kata, hanya mampu berlangsung kedinamisan apabila para pendakwah muncul sebagai manusia contoh dan teladan. Perlu di sini diberi ingatan bahawa pendekatan yang tidak terlampau keras dan ketat dan tidaklah pula bererti terlalu longgar. Pendekatan sederhana yang tidak menunjukkan wajah fanatik tak bertempat tidak menjadi wajah dan ciri pendakwah.

Dengan bahasa lain, pendakwah berkesan dan dinamis adalah mereka yang mampu memberi kesan kepada kehidupan sosial dalam masyarakat majmuk sama ada dia tokoh politik, mahupun ahli korporat atau para profesional atau juga seorang ahli agama yang mempunyai impak kepada masyarakat.

Semoga lebih ramai lagi daripada kalangan umat Islam muncul sebagai pendakwah dinamis melalui Parlimen hingga ke kedai kopi atau bengkel motor..

Selamat berdakwah. Wallahualam.

sumber: Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

mutiaratihani: dakwah adalah tanggungjawab ke atas semua manusia. terpulang pada kita bagaimana ingin menyampaikan dakwah..buat warga mahasiswa semua, jangan hanya menjadi pendakwah di dewan kuliah semata-mata..terjunlah ke dunia lura sana yang banyak menuntut kesabaran seorang daie..di luar sanalah kita tahu realiti dakwah yang sebenar..cukuplah kita muhasabah diri kita bagaimana kita menghidupkan dakwah di kampus..

Buat sahabat-sahabat jabatan dakwah, latihan amali dakwah yang kita tempuh cukup mengajar kita begitu sukarnya dakwah itu andai tiada kerja berpasukan, kekuatan emosi, ilmu dan kesefahaman semua..dan sesungguhnya hidayah itu milik Allah..jadikan apa yang kita perolehi di kampung Gumum dan felda Chini sebagai pendorong kepada kita untuk meneruskan usaha dakwah...

Monday, October 20, 2008

perSAHABATan


Berkawan biar betul-betul

Antara ujian yang paling sukar untuk kita buat keputusan ialah ujian berkawan. Apabila sudah berkawan kita sering terperangkap untuk mengambil hati kawan. Menjaga hati supaya tidak berlaku konflik dalam persahabatan. Kadang-kadang, dalam perkara yang tidak betul pun kita ikut cakap kawan-kawan kita hanya kerana ingin menjaga hati. Jadi, syaitan pun ‘berdrama’ dengan kita ambil kesempatan atas kelemahan kita. Kita akhirnya menjadi manusia yang tidak betul dan terlajak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Berkawanlah ikut cara Rasulullah s.a.w. berkwan untuk ajak kawan jadi baik. Berkawan dengan niat untuk sama-sama jadi orang ikut perintah Allah, bukan sebaliknya. Berkawan untuk masuk syurga. Niat nak perlu dijaga bersungguh-sungguh kerana maklumlah dengan berkawan ini kadang kala orang ajak kita buat perkara yang tidak elok. Jangan ingat kita sahaja ada niat, kawan pun ada niat yang kita sendiri tidak faham dan mengerti. Jadi berhati-hatilah.

Perjalanan berkawan ini sungguh panjang bahkan bukan sahaja kita hendak berbaik-baik, tolong-menolong di dunia tetapi kita hendak jumpa dia di syurga nanti. Kita dan kawan kita saling faham-memahami dan sering berbuat sesuatu untuk faedah bersama. Bukan berkawan untuk saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain atau fitnah-memfitnah. Ini bukan lagi kawan tapi sudah menjadi musuh dalam selimut.

Kadang kala kita perlu bersusah payah kerana kawan. Inilah kawan sejati. Watak ini bukan mudah dan ia anugerah Allah kepada seseorang. Cuma bezanya boleh kah kita gilap bagi jadi elok dan bercahaya? Bolehkah kita istiqamah dalam berkawan? Bolehkah kita bersusah payah dengan kawan kita tanpa memikirkan ganjara yang akan diperolehi kecuali reda Ilahi?katakan kawan kita yang berada di utara berada dalam kesusahan, manakala kita pula berada di timur, pasti kita perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai. Sanggupkah kita? Ini bukan boleh dibuat-buat melainkan jika ia datang dari hati.

Kadang kala kita berkawan kerana ada kepentingan sesuatu atau dalam erti kata ‘ada udang di sebalik batu’. Jika kita berkawan atas kepentingan sesuatu pasti kawan itu ditinggalkan apabila apa kepentingan itu sudah dperolehi atau kepentingan itu sudah hilang. Jadi nak tengok kawan kita ikhlas atau tiak berkawan dengan kita, lihatlah sama ada dia akan meninggalkan kita apabila kita sudah tidak ada kepentingan pada kita.
Buatlah yang baik-baik kepada rakan-rakan kita. Ajaklah mereka untuk mendekati diri kepada kebaikan terutama dalam urusan ibadah. Gunalah kaedah yang penuh hikmah kerana kawan-kawan kita ini berbeza. Ada yang mudah didekati dan mudah untuk terima perubahan tetapi ramai juga yang sebaliknya. Teruskan niat murni tersebut kerana orang yang bijak berkawan akan terkenal di langit, Allah akan memuliakannya dan mengangkat darjat kemuliaan yang tiada pada orang lain.buatlah betul-betul

mutiaratihani:...Terima kasih buat mereka yang sentiasa menemani setiap perjalanan hidupku..moga kita berjumpa di negeri yang abadi…





Sunday, October 19, 2008

Tip KaunseLOR


Apabila kasih terhenti..

Tension, frust, sedih, pilu menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan ia berkekalan sehingga jika dilayan perasaan itu bagai nak gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya.

Tenangkan diri

a)Kawal emosi

Emosi yang tidak stabil akan mendorong kita melakukan perbuatan yang negetif. Tambahan lagi, apabila fikiran bercelaru dan serabut, syaitan akan sentiasa membisikkan kata-kata yang akhirnya menyebabkan kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Banyakan beristighfar kepada Allah kerana mungkin banyak dosa yang kita lakukan dan menyebabkan begitu hebat ujian Allah berikan pada kita.

b) Sentiasa berwuduk

Air wudhuk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita. Secara tidak langsung boleh menenangkan jiwa kita.

Luahkan

a)Cari teman

Cuba cari seseorang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan kita. Jangan tersalah memilih teman keran ini akan memburukkan lagi keadaan. Bagi yang lelaki, jangan terlalu ego sehingga memendamkan apa yang dirasa kerana ia akan memakan diri sendiri.

b) Berterus-terang

Belajar untuk berkata yang benar. Cuba singkap kembali bagaimana kasih itu boleh terlerai. Jangan takut sekiranya kita di pihak yang benar. Sebaliknya jika ada silap kita, jangan takut untuk mengakui silap kita kerana itulah yang sebaik-baiknya. Biar teman yang mendengar dapat membuat penilaian. Bukan untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar tapi untuk memudahkan mereka memberikan pandangan dan tidak lari dari masalah yang sebenar.

Cari petua

a)Pandang ke depan

Atur strategi untuk membetulkan keadaan. Yang lepas tidak perlu dikenangkan kembali tapi ia diambil iktibar supaya tidak berulang kembali.

b)Cari yang berpengalaman

Dapatkan pandangan dari mereka yang terlebih dahulu merasa asam garam hidup. Mungkin masalah yang kita hadapi terlebih dahulu mereka telah hadapi.

4) Kuatkan rohani

a)Amalkan baca al-fatihah

Surah al-Fatihah menyimpan banyak rahsia yang mujarab. Begitu jugalah untuk menjadi ubat pengasih. Bukan sahaja dapat mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu mengembalikan kasih sayang antara makhluk. Cuba amalkan membaca al-Fatihah, 14 kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Minta pada Tuhan untuk melembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik Tuhan akan kabulkan.

b)Amalkan ayat seribu dinar

Ramai di kalangan masyarakat pada hari ini menjadikan ayat seribu dinar sebagai hiasan di dinding semata-mata tanpa membacanya. Cuba kita hafal dan amalkannya terutama sebagai pendinding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar mencari rezeki. Ayat ini juga dapat dijadikan ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkan dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar 3 kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di antara salah seorang ahli keluarga, maka ahli keluarga yang lain dapat merasakannya. Begitu juga jika mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah antara mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhamad, Cuma kita yang belum menyedari rahsia di sebalik mukjizat tersebut.

5) Memberi peluang

a)Diri sendiri

Untuk memudahkan kita menerima hakikat apa yang terjadi dan juga menerima nasihat dari orang lain, maka bukalah tingkap yang ada pada diri sendiri. Pastikan jangan ia tutup mahupun separa terbuka. Ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap atau tiada tingkap, bukan sekadar angin tidak dapat memasuki rumah tersebut, bahkan cahaya,pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan. Buka dan cuba terima apa yang diberikan dari orang lain. Tukarkan apa yang diberikan kepada sesuatu tindakan yang positif dan memberikan impak yang berkesan pada diri sendiri.

b) Orang lain

Dengar dahulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita dan jangan cepat menghukum orang lain. Jangan membiarkan diri kita dikuasai rasa ego sehingga tidak membenarkan ruang untuk orang lain membantu kita.

c) Maaf dan memaafkan

Inilah perkara yang sukar dilakukan. Masing-masing akur dengan kesilapan yang dilakukan. Tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. Bagilah peluang pada diri sendiri dan mereka yang terlibat membetulkan diri bagi mengukuhkan kasih yang terhenti itu.

SUMBER: majalah Anis edisi oktober 2007

....andainya ukhwah itu bukan lagi satu kemesraan, usahlah disimpulkan lagi..kelak akan menyakitkan hati..namun andainya pertemuan itu masih ada untuk kita miliki, pasti akan terjadi jua suatu masa nanti...

dUnia MisTIK


Soal akidah yang menggunakan sihir

Dunia hari ini memeperlihatkan ramai manusia yang bertuhankan jin dan syaitan. Mereka sanggup menjadikan jin dan syaitan sebagai pengantaraan sama ada untuk mendapatkan seseorang sebagai teman hidup, membalas dendam, mendapatkan kesenangan hidup dan banyak lagi. Fenomena ini lebih dikatakan sebagai sihir, saka.
Dalam hal ini, mereka menjadikan jin dan syaitan sebagai pengantara untuk masuk ke dalam badan seseorang dengan menggunakan pelbagai kaedah. banyak kaedah yang digunakan sama ada melalui hembusan angin, barangan tajam dan sebagainya.
Perbuatan mereka ini dikatakan salah satu perbuatan syirik dan amat bertentangan dengan ajatran agama. Perbuatan mereka ini juga menunjukkan akidah yang lemah dan pegangan agama yang lemah. Allah menjanjikan balasan kepada mereka yang menggunakan sihir, malah di dunia lagi Allah telah membalasnya sama ada sewaktu sakaratul maut atau kehidupan di dunia. segala amalan mereka tidak akan diterima kecuali dengan bertaubat.


KAEDAH MEMULIHKAN DIRI DARI GANGGUAN SIHIR DAN JIN


1) Berubat dengan orang yang arif

Jangan sesekali berubat dengan orang yang melakukan rawatan, yang juga melibatkan atau meminta pertolongan dari jin.

Tidak mudah untuk membezakan antara pengamal yang menggunakan kaedah yang diharuskan oleh syarak dengan yang melakukan rawatan melibatkan jin. Namun, berkemungkinan pesakit akan menjadi lebih teruk kerana pengamal akan ‘melepaskan’ atau ‘menambahkan’ bilangan jin mendampingi pesakit, lalu menyakiti pesakit tersebut.

2)Merawat diri sendiri

Iaitu dengan memperkuatkan roh kita. Apabila roh kuat, maka iblis tidak akan berupaya menyakiti seseorang. Kekuatan roh merupakan ketahanan, caranya ialah dengan bertaqarub atau menghampirkan diri kepada Allah.

Cara bertaqarub ialah dengan melakukan amalan sunat secara terus menerus sehingga dikasihi Allah. Apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah, Allah akan memberikan kekuatan kepadanya dengan memberi ‘karamah’(kemuliaan) kepadanya. Karamah yang dimaksudkan ialah Allah memperkenankan permohonannya dan memberikan pertolongan serta memberi perlindungan apabila dia memohon perlindungan.

3)Berubat dengan orang yang arif dan merawat diri sendiri

Iaitu seperti kaedah pertama di samping merawat diri sendiri seperti kaedah kedua. Banyak kaedah yang boleh diamalkan dalam usaha merawat diri sendiri. Kaedah ini merangkumi;

1) sembahyang taubat yang diiringi dengan istighfar

2) sembahyang tasbih

3) sembahyang tahajud

4) sembahyang witir

5) zikir

6) berdoa dengan al-asma al-husna

7) selawat ke atas nabi

8) sembahyang hajat

Amalan ini hendaklah diamalkan pada waktu mustajab, iaitu pada satu pertiga malam terakhir, lebih kurang bermula jam 3 pagi hingga subuh. Dirikan sembahyang taubat dua rakaat kemudian mohon keampunan( beristighfar) sekurang-kurangnya 100 kali.

Sumber rujukan:

Majalah anis keluaran Julai dan Oktober 2008

perMaTa SolEHah



10 PANDUAN JAUHI TABARUJ

Untuk menjadi wanita solehah yang dipandang mulia di sisi Allah, kita perlulah berazam bersungguh untuk menjaga adab sopan yang telah ditetapkan oleh syariat. Termasuk juga menjaga pemakain mengikut syariat. Berikut adalah 10 panduan jauhi tabaruj.

1) Menahan pandangan- menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan lelaki bukan muhrim dan ini menunjukan adanya sifat malu dan akan lebih menyerlahkan kesopanan wanita tersebut. Surah an-Nur: dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, supaya mereka menahan pandangannya.

2) Jaga pergaulan- elakkan bercampur-gaul, bersentuh-sentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim.

3) Memakai pakaian yang sopan sesuai dengan syariat.-

a) Tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan hingga pergelangan.

b) longgar,tidak nipis,tidak jarang dan tidak singkat.

4) Tegap berjalan- wanita yang solehah seharusnya menjaga cara berjalan sehingga tidak menyebabkan lelaki tertarik kepadanya. Jaga cara berjalan, jangan mendada umpama itik pulang petang. Sebaik cara berjalan ialah tundukkan sedikit kepala dan berjalan dengan langkah agak cepat( tegap). Cara berjalan begini dapat mengawal pergerakan badan dan mengelakkan tudung melekat di dada apabila ditiup angin.

5) Jangan menyerupai pakaian lelaki sehingga sukar membezakan jantina.- bagi wanita yang memakai seluar panjang dianjurkan longgar dan baju yang dipakai sebaiknya longgar serta melepasi paras pinggul.


6) Tidak menyerupai pakaian orang kafir dari kaum Yahudi dan Nasrani. Pakaian yang banyak di jual di pasaran sekarang banyak yang datang dari budaya barat. Islam menegaskan supaya penampilan kita berbeza dari mereka agar kita tidak bersubahat dengan mereka kerana Rasulullah dengan tegasnya mengingatkan dalam sabdanya,

sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka akan dibangkitkan nanti bersama dengan kaum itu.’( riwayat Tabrani)

7) Jaga tutur kata dalam bicara- kenal pasti tempat dan suasana ketika berbicara. Dengan yang bukan muhrim elakkan dari berkata-kata dengan nada manja tetapi bercakaplah dengan tegas dan nada yang sederhana. Firman Allah dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:

‘…. Jangan sampai kamu( wanita-wanita beriman itu) berlemah-lembut dalam bicara, sehingga menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit.

8) Jangan memakai minyak wangi yang terlalu harum dengan niat untuk memikat lelaki

Sabda Rasulullah s.a.w: ‘sesiapa wanita pun, apabila memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur’( riwayat Nasa’i, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban).

Gunakan pewangi yang sederhana baunya sekadar dapat menyegarkan bau badan dan orang selesa berinteraksi dengan kita.

9)Jangan memakai aksesori tambahan yang berloceng( berbunyi) seperti gelang tangan, rantai leher, gelang kaki atau seumpamanya yang boleh menarik perhatian lelaki. Firman Allah s.w.t ‘….janganlah mereka (wanita-wanita beriman) itu menghentak-hentakkan kakinya agar diketahui apa yang disembunyikannya dari perhiasan dirinya.’( An-Nur 31)

10)Memakai solekan yang sederhana- apabila keluar dari rumah, solekan di wajah hendaklah sederhana. Solekan yang terang hanya untuk dipamerkan pada suami.

Kesimpulannya, Islam tidak pernah menghalang wanita untuk berhias apabila keluar dari rumah untuk bergerak aktif di luar rumah mengikut bidang yang diharuskan oleh syarak sebagai uasaha untuk memajukan diri, keluarga dan negara. Namun semuanya haruslah berpandukan kepada batas syariat.

...moga-moga kita menjadi wanita solehah yang menjadi penyejuk hati ayah bonda, isteri yang mendamaikan hati suami dan ibu yang penyayang...

Template by - Abdul Munir