Tuesday, January 6, 2009

doa dalam 'doa'

kumulakan hari ini dengan harapan agar hari ini membawa mutiara tihani...
semangat nak mulakan kelas jam 8 pagi..hihi..ye tak sabo nak blajar kajian sunnah, bid'ah dan khurafat...

....aku nak share satu perkara yang membuat aku terfikir dan cukup menakjubkan akan hikmah solat.....

...ni bermula apabila dr salasiah bertanya apa contoh perkara bid'ah???
dr pun citer pengalaman beliau di tanah suci makkah baru2 ni....

..di tempat yang mustajab berdoa iaitu di RAUDAH..manusia berpusu2 untuk berdoa..tapi tmpat yang disediakan sempit dan masa yang diberikan singkat untuk kita berada disitu...maknanya kena ikut turn........kalu lambat sikit pengawal dah kata 'uhruj..uhruj....' kalu berdoa tadah tangan macam kita selalu buat pun, pengawal dah suh ' uhruj...uhruj...' ditepuk2 nya bahu kita suh kuar juga...(terbayang nikmatnya di sana)

soalnya..bagaimana nak gunakan peluang yang ada untuk berdoa dengan segala hajat yang di bawa untuk diri sendiri dan sahabat handai jua sedara mara???
dr kata........
dari situlah kita praktiskan doa dalam 'doa'...
maknanya..solat itu sendiri bermakna doa...dan berapa ramai yang solat benar-benar solat..
dengan kata lain..memahami setiap pergerakan dan bacaan yang dilafazkan dengan penuh rasa keinsafan dan kehambaan........dan waktu sujudlah..kita boleh berdoa dan terus berdoa......
dan waktu itulah kita lebih hampir padanya......

...aku terdiam sejenak mendengar citer itu..herm...

semoga kita akan lebih menghayati solat kita.......amin...

Saturday, January 3, 2009

2009 yang 'datang'..



alhamdulilah..ku panjatkan kesyukuran buat TUHAN pemilk dunia ini....kerna..aku masih diberi pinjaman nyawa untuk merasai tahun 2009...namun sampai bila..aku sendiri tidak pasti..


...lama sungguh aku tak menulis dalam blog ini...rindu pulak..hihi..alhamdulilah berkat kesabaran blajar subjek 'TEKnologi Dakwah', dapat juga A..SUNGGUH..memang tak sangka..tambah2 bila diingat soalan exam..;' apakah maudUk yang sesuai untuk masyarakat sekarang, bdasarkan pengalaman membuat blog'.(lbh kurang gitulah soalan)..mmg tak confidt..dan last2 mint aku cari artikel untuk tajuk wajib.(itulah akibat wat keje tak cek dulu)..tapi aku yakin ALLAH maha mendengar doa hambaNYA..macam tu juga result sem lps..sungguh lagi tak percaya...tapi itulah keajaiban dari TUHAN... sesungguhnya..aku bersyukur..terima kasih semua.....
...semua ni atas doa ummi dan abah kalu tak aku tak kan mengecapi ini semua....kadang2 aku terfikir..kalu merka tiada siapa yang akan mendoakan aku lagi.......YA ALLAH..panjangkan usia ummi dan abahku..berikanlah mereka kesihatan yang baik dan permudahkan urusan mereka....amin.amin..


....selamat datang tahun 2009....

arhggghhh...umur pun dah jadi 24 tahun..eh tapi belum sampai lagi kena tunggu 25 mac dulu...hihi..


semangat nye nak mulakan sem baru dengan title pelajar thn akhir(insyaALLAH)...

DAH lama aku menjejak kaki ke bumi perbukitan ilmu ni..tapi aku tak jejak kan kaki lagi ke fakulti...hihi..aku habiskan waktu kat bilik persatuan...lepak2 wat apa patut sebelum pencen..hihi..


herm...esok aku akan ke fak...tak sabo nyer nak jumpa semua...dengan azam baru aku akan mulakan langkah meneruskan jihad di medan ilmu ini...4 subjet sem ni....(kaunseling keluarga islam, kajian teks dakwah dan kepimpinan, kajian sunnah dan bid'ah, bimbingan saudara baru)..akan ku telaah habis-habis...:)

oppss...tesis ku....'menangani emosi remaja yang bermasalah dalam sesi kaunseling'...walaupon aku macam blur dengan tajuk pilihan sendiri..akan kusiapkan jua demi cintaku pada bidang kaunseling...hihi...........


aku sendiri tidak pasti bagaimana perjalanan hidup thn ini...namun sudah ku lakarkan perancangan ini dalam kotak mindaku dan kusematkan dalam hatiku...;)

'aku ingin mencari dan terus mencari hingga kutemuai jua....namun ku tak pasti bilakah pencarian ini berakhir..cukuplah pengalaman semalam membawa pengajaran buatku...'


.....kita tidak mampu mengubah masa lalu dan kita tidak mampu mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa akan datang..jadi mengapa kita harus menyesali masa lalu atau merasa cemas dengan masa akan datang...........





........ya...mulakan hari mu dengan penuh rasa bahagia..yakinlah ALLAH sentiasa bersama kita.....

Template by - Abdul Munir