alhamdulilah..
masa aku tulis blog ni kepala otak ni dah tenang lah sikit..
yelah penulisan projek ilmiah ku dah siap..berjaya juga aku siapkan..'pendekatan kaunseling dalam menangani emosi pelajar bermasalah'..walaupon agak lambat aku hanto pada dr.sal tapi dapatlah anto sblm tarikh nye..hihi..sedih2 bila time aku serahkan penulisan ku yg siap dijilid tambah2 bila ucap terima kasih pada dr.sal...tq dr.sal banyk membantu saya sepanjang jadi penyelia saya..hihi..kira syukurla dr banyk memudahkan urusan saya..hihi...
herm...
sunyi dah rasa..yelah semua kawan-kawan dah balik..almaklum dah tamat belajar..maka tinggal lah aku dan najwa sahaja..ops..ada norma lagi..sayang ukm lebih kerja lah kat ukm..maka bermulalah episod baru hidpku(tak tahulah bape lama mampu keje)keje kat pusat pengajian umum(PPU) sbg pembantu penyelidik (RA)dengan Pn Syai..sape yg pernah baca buku psikologi cinta tu..haaa itula orangnye...so sepangjang aku keje dgn dia..baca dan tulis dan kaji pasal LOVE jelah..huhu..banyk manfaatnye sey bila keje dgn lectr ni..semangat beb tengok mereka2 ni..tapi takpelah..insyaALLAH one day...
ermmmm..
so apa akan jadi perjalanan hidup aku seterusnya...ingat kata-kata linda kat YM..rasa rindu pulak nak pg kuliah kan..wat agsmnt(yeke)..ushh macam2 rindulah ibarat kata...tapi itula kehidupan kan..ada pertemuan dan ada perpisahan..panjang lagi kehidupan yg nak kita tempuh kalu asyik duk merenung masa lalu macam mana kita nak hadapi masa datang....kat depan tulah banyk agi nak tempoh..kata2 ustazah Ros...betol2..
hai kawan2 apa lah yang korang buat sekarang?? mesti best duk umah kan..bak kata awa, dok bergolek2 atas katil..hihi bestnye...ermmm sekrg baru rasa beb keje tu macam mana..apapun korang semoga berjaya semua...amalkan dan gunakan segala ilmu yang ada untuk diri kita,keluargam masyarakat dan negara insyaAllah...
banyak dugaan yang akan kite tempuh kelak..kat situla kite tengok sejauh mana kite mampu aplikasikan ilmu2 yg ada...pengalaman masa latihan amali dakwah cukup bermakna..gunakanlah apa yg kite dapat dari situ...
erm...dah tak tahu nak tulis apa..jaga diri korang semua..semoga berjaya dalam apa jua yang korang buat,,dah jadi somebody jgn lupakan cik Nad...hihi..insyaAllah kita jumpa konvo bulan 8 ni ye :)
p/s..gembirakan gambo-gambo waktu malam menggamit memori,....terima kasih korang menceriakan hidupku...3 thn kite bersama..yeah,,,batch dakwah 06 MEMANG BEST LAH...
SALAM Ziarah buaT sEmua
blog member2 ku
- http://ketenangan-abadi.blogspot.com
- http://nuraswany.blogspot.com
- www.izzahhusna86.blogspot.com
- http://www.kembaradaie.blogspot.com
- http://humairani.blogspot.com
- http://tnaiman86.blogspot.com/
- http://Nurimankamilah.blogspot.com
- http://lamanbestari.blogspot.com
- http://lamannurani.blogspot.com
- http://ekalfpi.blogspot.com
- http://cahayapetunjuk.blogspot.com
- http://simfoniislam.blogspot.com
- http://Nurulzafirah@tomel@.blogspot.com
- http://khairol-lcku.blogspot.com
- http://mylife-fir.blogspot.com
- http://mametyasin.blogspot.com
keNaliLah ALLAH saat SeNaNGmu,nescaya ALLAH akan mengenangmu di waktu SUSAHmu

About Me

- mutiaratihani
- Nadhirah Muhamad Arib Pelajar Sarjana Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan,UKM Ijazah sarjana Muda Dakwah dan kepimpinan, FPI, UKM
JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH (AZ-ZUMAR :53


ada waktunya matahari garang..kadang ia mendung dan murung dilandai guruh..tetapi manusia yang hebat tidak pernah patah semangat..biar panas..biar ribut..biar kelam..jangan mengalah..ayuh..MELANGKAH LAGI
Wednesday, May 20, 2009
episod sebuah perjuangan
Posted by
mutiaratihani
at
6:54 AM
0
comments
mutiaratihani.blogspot.com
hidup adalah indah bagi orang yang beriman, akhirat dicintai oleh orang yang bertaqwa, merekalah orang yang berbahagia
cebisan kenangan dalam jabatan dakwah
Jika kau rasa tersisih tidak berteman,
Gundah gulana tiada tempat mengadu,
Adakah kau lupa pada Dia?
Bermunajatlah dan bermohonlah padaNya,
Kerana Dia tidak pernah mungkir janji,
Dan yakinlah, kerana Dia pastiakan mengabulkan doaMu.

Yang dicari,
walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama.
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sempurna sifat hati.
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,
tak perlu serikandi yang gemilang, kerana diri ini rijal dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati, diri ini redha ketetapan Ilahi
muTiara Kata
sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu,
dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. maka mengapa kita
harus berasa sedih dan gelisah...apa yang berlalu biarkan berlalu, cita-cita adalah harapan yang belum pasti, dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani..
apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit diri ucapkanlah 'laa Ilaha Illallah..

TIdaK..
TIdaK...Anda tIdak akan mensia-siakan umurmu, seperti senang membalas dendam
dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya..
TidaK..Anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan
mengorbankan kesihatan, kebahagian, tidur dan ketenangan anda
tiDAk..anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain
serta melupakan kesalahan dan aib orang lain
tiDAk..anda tidak akan mensia-siakan waktu bersama dengan orang-orang yang
membuang masa tidak tentu hala
TiDAk..anda tidak akan mengambil sikap acuh tidak acuh kepada keadaan
kebersihan diri, dan tempat tinggal
tIdak..anda tiDak akan mengingati musibah yang telah berlalu, bencana yang
sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami
tIdak..anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya, dan alpa akan
tanda-tanda kehampirannya..
Waktu Tika Ini
Hari Ini

Buat Kalian yang Bergelar SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran

sUNNAh Berjuang--hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang...