RAHSIA SURAL-KAUTSAR
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
SALAM Ziarah buaT sEmua
blog member2 ku
- http://ketenangan-abadi.blogspot.com
- http://nuraswany.blogspot.com
- www.izzahhusna86.blogspot.com
- http://www.kembaradaie.blogspot.com
- http://humairani.blogspot.com
- http://tnaiman86.blogspot.com/
- http://Nurimankamilah.blogspot.com
- http://lamanbestari.blogspot.com
- http://lamannurani.blogspot.com
- http://ekalfpi.blogspot.com
- http://cahayapetunjuk.blogspot.com
- http://simfoniislam.blogspot.com
- http://Nurulzafirah@tomel@.blogspot.com
- http://khairol-lcku.blogspot.com
- http://mylife-fir.blogspot.com
- http://mametyasin.blogspot.com
keNaliLah ALLAH saat SeNaNGmu,nescaya ALLAH akan mengenangmu di waktu SUSAHmu
About Me
- mutiaratihani
- Nadhirah Muhamad Arib Pelajar Sarjana Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan,UKM Ijazah sarjana Muda Dakwah dan kepimpinan, FPI, UKM
JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH (AZ-ZUMAR :53
ada waktunya matahari garang..kadang ia mendung dan murung dilandai guruh..tetapi manusia yang hebat tidak pernah patah semangat..biar panas..biar ribut..biar kelam..jangan mengalah..ayuh..MELANGKAH LAGI
Tuesday, October 28, 2008
RAHSIA SURAL-KAUTSAR
Posted by mutiaratihani at 7:56 AM
mutiaratihani.blogspot.com
hidup adalah indah bagi orang yang beriman, akhirat dicintai oleh orang yang bertaqwa, merekalah orang yang berbahagia
cebisan kenangan dalam jabatan dakwah
Jika kau rasa tersisih tidak berteman,
Gundah gulana tiada tempat mengadu,
Adakah kau lupa pada Dia?
Bermunajatlah dan bermohonlah padaNya,
Kerana Dia tidak pernah mungkir janji,
Dan yakinlah, kerana Dia pastiakan mengabulkan doaMu.
Yang dicari,
walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama.
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sempurna sifat hati.
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,
tak perlu serikandi yang gemilang, kerana diri ini rijal dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati, diri ini redha ketetapan Ilahi
muTiara Kata
sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu,
dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. maka mengapa kita
harus berasa sedih dan gelisah...apa yang berlalu biarkan berlalu, cita-cita adalah harapan yang belum pasti, dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani..
apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit diri ucapkanlah 'laa Ilaha Illallah..
TIdaK..
TIdaK...Anda tIdak akan mensia-siakan umurmu, seperti senang membalas dendam
dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya..
TidaK..Anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan
mengorbankan kesihatan, kebahagian, tidur dan ketenangan anda
tiDAk..anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain
serta melupakan kesalahan dan aib orang lain
tiDAk..anda tidak akan mensia-siakan waktu bersama dengan orang-orang yang
membuang masa tidak tentu hala
TiDAk..anda tidak akan mengambil sikap acuh tidak acuh kepada keadaan
kebersihan diri, dan tempat tinggal
tIdak..anda tiDak akan mengingati musibah yang telah berlalu, bencana yang
sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami
tIdak..anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya, dan alpa akan
tanda-tanda kehampirannya..
Waktu Tika Ini
Hari Ini
Buat Kalian yang Bergelar SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran
sUNNAh Berjuang--hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang...
0 comments:
Post a Comment