Apabila kasih terhenti..
Tension, frust, sedih, pilu menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan ia berkekalan sehingga jika dilayan perasaan itu bagai nak gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya.
Tenangkan diri
a)Kawal emosi
Emosi yang tidak stabil akan mendorong kita melakukan perbuatan yang negetif. Tambahan lagi, apabila fikiran bercelaru dan serabut, syaitan akan sentiasa membisikkan kata-kata yang akhirnya menyebabkan kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Banyakan beristighfar kepada Allah kerana mungkin banyak dosa yang kita lakukan dan menyebabkan begitu hebat ujian Allah berikan pada kita.
b) Sentiasa berwuduk
Air wudhuk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita. Secara tidak langsung boleh menenangkan jiwa kita.
Luahkan
a)Cari teman
b) Berterus-terang
Belajar untuk berkata yang benar.
Cari petua
a)Pandang ke depan
Atur strategi untuk membetulkan keadaan. Yang lepas tidak perlu dikenangkan kembali tapi ia diambil iktibar supaya tidak berulang kembali.
b)Cari yang berpengalaman
Dapatkan pandangan dari mereka yang terlebih dahulu merasa asam garam hidup. Mungkin masalah yang kita hadapi terlebih dahulu mereka telah hadapi.
a)Amalkan baca al-fatihah
Surah al-Fatihah menyimpan banyak rahsia yang mujarab. Begitu jugalah untuk menjadi ubat pengasih. Bukan sahaja dapat mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu mengembalikan kasih sayang antara makhluk.
Ramai di kalangan masyarakat pada hari ini menjadikan ayat seribu dinar sebagai hiasan di dinding semata-mata tanpa membacanya.
Untuk memudahkan kita menerima hakikat apa yang terjadi dan juga menerima nasihat dari orang lain, maka bukalah tingkap yang ada pada diri sendiri. Pastikan jangan ia tutup mahupun separa terbuka. Ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap atau tiada tingkap, bukan sekadar angin tidak dapat memasuki rumah tersebut, bahkan cahaya,pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan. Buka dan
Dengar dahulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita dan jangan cepat menghukum orang lain. Jangan membiarkan diri kita dikuasai rasa ego sehingga tidak membenarkan ruang untuk orang lain membantu kita.
c) Maaf dan memaafkan
Inilah perkara yang sukar dilakukan. Masing-masing akur dengan kesilapan yang dilakukan. Tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. Bagilah peluang pada diri sendiri dan mereka yang terlibat membetulkan diri bagi mengukuhkan kasih yang terhenti itu.
....andainya ukhwah itu bukan lagi satu kemesraan, usahlah disimpulkan lagi..kelak akan menyakitkan hati..namun andainya pertemuan itu masih ada untuk kita miliki, pasti akan terjadi jua suatu masa nanti...
0 comments:
Post a Comment