Kebanyakan mahasiswa-mahasiswa sekarang langsung tidak ambil peduli mengenai hal ehwal politik, baik politik dalam negara atau luar negara. Mahasiswa sekarang juga langsung tak ambil peduli mengenai masalah-masalah sosioekonomi golongan miskin di negara ini. Mereka asik dilalaikan dgn aktiviti-aktiviti berunsur hiburan yg berupaya melalaikan mereka dari memikir masalah-masalah negara.
Ada juga di kalangan mahasiswa, yang tidak terjebak dengan aktiviti hiburan, tetapi hanya menjadi golongan yang masuk dan keluar dewan kuliah, kemudian membawa haluan masing-masing dan terperuk di bilik. Golongan ini dikatakan hanya dating ke universiti semata-mata untuk ke dewan kuliah memenuhi kedatangan dan ilmu itu cukup untuk mereka. Golongan ini juga tidak menyertai aktiviti berpersatuan, malah tidak berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan mungkin ada di kalangan mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di universiti mereka.
Realiti di Malaysia, kelompok mahasiswa yang sedar akan peranannya sebagai pemudahcara masyarakat itu wujud, tetapi kelompok ini dalam jumlah yang sedikit. Tidak dinafikan masih ada program-program berbentuk ilmiah namun bilangannya amat sedikit dan jika program itu wujud, kehadiran mahasiswa yang menghadirinya amat sedikit dan mungkin boleh dibilang dengan jari. Manakala, isu- isu dalam Negara banyak dipelopori oleh mahasiswa yang aktif dalam aktiviti debat dan juga sesetengan pimpinan pelajar di ipt. Mana mahasiswa-mahasiswa lain??
Ayuh mahasiswa, kita bangkit kembali membudayakan ilmu di universiti kita. Namun apa yang penting budaya ini tidak akan hidup melainkan kita sendiri yang menhidupkan dalam diri kita dahulu.
3 comments:
betul2..
sbb sekarang ni mahasiswa lebih suke ke arah bnda2 yg berunsurkan hedonisme berbanding berjihad dlm mengejar ilmu..
tak paham maksud kelesuan ilmu di kalangan mahasiswa.tajuk ni meleret sgt la smpi cam x sampi pun mesej nak disampikan.setiap org ade cara sendiri tuk menuntut ilmu asalkan tahu halal haram....
Semua org belajar dan semua orang diajar.Tapi tak semua yg mampu mengaplikasi even trhdp diri sndiri.mAKSUDNYA akan lahir insan2x retorik yg hanya mampu berkata2x tp tak mampu melaksana...
k.na,jom g blog ambe....huhu..
Post a Comment