Sunday, March 22, 2009

tak Mungkin KeraNA sayaNG..



Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


ermmmm...tetiba rasa macam lirik lagu ni menyentuh jiwa...biarkan sesekali kita biarkan diri kita bermain dengan kenangan lama..supaya ia menjadi pengajaran buat diri..namun jangan biarkan kenangan itu menguasai diri kita...kenangan itu lah yang membuatkan kita akan terus bangkit...bangkit dengan jiwa yang penuh semangat..biarkan semangat kita sekuat ombak yang menghempas pantai....ya..kita sering kali kecewa namun jangan kita berputus asa...


3 comments:

Anonymous said...

Wahai sahabatku… Alihkan matamu ke laut, Airnya cantik membiru penuh dengan ketenangan, Hanya ALLAH saja tahu rahsia didalamnya, Wahai kawanku… Begitulah kehidupan, Melihat manusia riang ketawa, Tapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia kehidupanya, Jika rasa kecewa pandanglah ke sungai, Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, Jika rasa sedih pandanglah ke langit, Akan kita sedari bahawa, ALLAH sentiasa bersama kita, Peliharalah IMANmu wahai kawanku, Agar Jannahnya menantimu kelak… InsyaALLAH…
-bintunasir-

Mind Freak said...

:)

'tak mungkin kerana sayang'

kerana kehidupan ini penuh dengan kejutan dan sesuatu yang tidak pernah kita jangka.

jadikan ini sebagai pemangkin dan pembangkit semangat awak..

-surah Rum: ayat 60-

:) semog anda akan kembali tersenyum.

mutiaratihani said...

thaknz...
surah ar rum ayat 60;
60. oleh itu, Bersabarlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang Yang tidak meyakini apa Yang Engkau sampaikan itu menjadikan Engkau resah gelisah.

ya benar sekali akan ayat2 tu...namun surah At Taghaabun ayat 11 cukup membuatkan hatiku terubat :
11. tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Template by - Abdul Munir