Monday, October 20, 2008

perSAHABATan


Berkawan biar betul-betul

Antara ujian yang paling sukar untuk kita buat keputusan ialah ujian berkawan. Apabila sudah berkawan kita sering terperangkap untuk mengambil hati kawan. Menjaga hati supaya tidak berlaku konflik dalam persahabatan. Kadang-kadang, dalam perkara yang tidak betul pun kita ikut cakap kawan-kawan kita hanya kerana ingin menjaga hati. Jadi, syaitan pun ‘berdrama’ dengan kita ambil kesempatan atas kelemahan kita. Kita akhirnya menjadi manusia yang tidak betul dan terlajak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Berkawanlah ikut cara Rasulullah s.a.w. berkwan untuk ajak kawan jadi baik. Berkawan dengan niat untuk sama-sama jadi orang ikut perintah Allah, bukan sebaliknya. Berkawan untuk masuk syurga. Niat nak perlu dijaga bersungguh-sungguh kerana maklumlah dengan berkawan ini kadang kala orang ajak kita buat perkara yang tidak elok. Jangan ingat kita sahaja ada niat, kawan pun ada niat yang kita sendiri tidak faham dan mengerti. Jadi berhati-hatilah.

Perjalanan berkawan ini sungguh panjang bahkan bukan sahaja kita hendak berbaik-baik, tolong-menolong di dunia tetapi kita hendak jumpa dia di syurga nanti. Kita dan kawan kita saling faham-memahami dan sering berbuat sesuatu untuk faedah bersama. Bukan berkawan untuk saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain atau fitnah-memfitnah. Ini bukan lagi kawan tapi sudah menjadi musuh dalam selimut.

Kadang kala kita perlu bersusah payah kerana kawan. Inilah kawan sejati. Watak ini bukan mudah dan ia anugerah Allah kepada seseorang. Cuma bezanya boleh kah kita gilap bagi jadi elok dan bercahaya? Bolehkah kita istiqamah dalam berkawan? Bolehkah kita bersusah payah dengan kawan kita tanpa memikirkan ganjara yang akan diperolehi kecuali reda Ilahi?katakan kawan kita yang berada di utara berada dalam kesusahan, manakala kita pula berada di timur, pasti kita perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai. Sanggupkah kita? Ini bukan boleh dibuat-buat melainkan jika ia datang dari hati.

Kadang kala kita berkawan kerana ada kepentingan sesuatu atau dalam erti kata ‘ada udang di sebalik batu’. Jika kita berkawan atas kepentingan sesuatu pasti kawan itu ditinggalkan apabila apa kepentingan itu sudah dperolehi atau kepentingan itu sudah hilang. Jadi nak tengok kawan kita ikhlas atau tiak berkawan dengan kita, lihatlah sama ada dia akan meninggalkan kita apabila kita sudah tidak ada kepentingan pada kita.
Buatlah yang baik-baik kepada rakan-rakan kita. Ajaklah mereka untuk mendekati diri kepada kebaikan terutama dalam urusan ibadah. Gunalah kaedah yang penuh hikmah kerana kawan-kawan kita ini berbeza. Ada yang mudah didekati dan mudah untuk terima perubahan tetapi ramai juga yang sebaliknya. Teruskan niat murni tersebut kerana orang yang bijak berkawan akan terkenal di langit, Allah akan memuliakannya dan mengangkat darjat kemuliaan yang tiada pada orang lain.buatlah betul-betul

mutiaratihani:...Terima kasih buat mereka yang sentiasa menemani setiap perjalanan hidupku..moga kita berjumpa di negeri yang abadi…





2 comments:

HALUAN SUCI said...

"Sesungguhnya berkawan biar seribu,bercinta biar satu".Itulah kata-kata pujangga melayu yang diamalkan oleh masyarakat kita sehingga ke hari ini.Namun perlu diingat dalam pemilihan kawan itu kita seharusnya membuat pemilihan yg tepat dan jitu.Ini kerana dengan berkawan akan membuatkan kita berjaya dan kecundang.Kita sendiri yang akan menentukannya.oleh itu fikir-fikirkanlah.......

Salwaasdaie said...

salam ukhwah fillah...
begitu indah persahabatan kita jika disulami dengan keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang...kita bina persahabatan semuanya kerana Allah...Allah yang telah mentakdirkan kita bertemu dan berpisah...jadi kita sebagai umat manusia, harus menjaga silaturahim yang telah dianugerahkan olehNYA..

Template by - Abdul Munir