Sunday, October 19, 2008

EkoNOMI


Sebab-sebab rezeki jadi tidak cukup

Rezeki untuk semua makhluk itu Allah jamin mencukupi. Namun ada banyak sebab mengapa rezeki itu jadi tidak cukup. Tidak cukup itu sama ada dari segi kuantiti, kualiti atau rasa belum cukup. Antara sebab tidak cukup atau hilang berkat ialah:

1 *Kesan sifat boros: berbelanja lebih dari pendapatan. Menjadikan membeli-belah dan suka bersiar-siar sebagai satu tabiat. ‘ biar papa asal bergaya’ menjadi prinsip hidup. Yakni, terlalu melayani kemahuan hati untuk berseronok, bergaya dan menunjuk-nunjuk hingga terbeli baranbarang yang tidak perlu. Maka sebab itu ia jadi tidak cukup.

2) *Kesan sifat suka membazir: apabila rezeki terbazir maka ia jadi tidak cukup. Atau hilang keberkatan maka akibatnya datang rasa tidak cukup. Rasulullah menyuruh mengutip makanan yang terjatuh dari hidangan, bahkan menghabiskan makanan daripada terbazir. Ini dilakukan untuk mencari keberkatan yang mungkin terletak di butiran yang terakhir. Sayidina Jabir berkata, Rasulullah bersabda, ‘apabila suapanmu jatuh, ambiklah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang bersih. Jangan biarkan ia dimakan oleh syaitan, dan jangan kamu sapu tanganmu sebelum kamu kulum jarimu. Kerana kamu tidak tahu, makanan mana yang membawa berkat. (Riwayat Muslim).

Namun pembaziran bukan sahaja pada makanan, tetapi juga pada barang-barangan seperti perabot, pakaian, hiasan tempat kediaman, kereta dan sebagainya.

3) *Kesan sifat kikir dan kedekut: kadangkala kerana terlalu sayangkan harta kita jadi kedekut umtuk berkongsi harta yang ada dengan orang lain sama ada dengan keluarga atau sahabat handai. Sebab itulah rezeki itu jadi tidak cukup. Walaupun rezeki tu sebenarnya mencukupi tetapi tertahan dan tidak mengalir. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 29 yang bermaksud: dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula Engkau menghulurkannya Dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan Tinggalah Engkau Dengan keadaan Yang tercela serta kering keputusan’.

4) *Kesan tidak bersyukur: oleh kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada, malah mendustakan nikmat maka sebab itulah Allah tidak tambah kuantiti atau kualiti rezeki. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras"

5) *Kesan kurang memberi dan kurang membantu: tuntutan bersyukur itu bukan sahaja dengan ucapan ‘alhamdulilah’ tetapi ia juga harus ditunjukkan dengan perbuatan. Iaitu dengan menafkahkan sebahagian harta dengan ikhlas dalam bentuk sedekah untuk membangunkan umat dan agama Allah. Jika dapat dilakukan demikian, Allah berjanji akan menggandakan dan mengganti sedekah itu dengan yang lebih baik daripada harta yang disumbangkan. Firman Allah dalam surah Saba ayat 39: ‘Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga Yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja Yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".

* Jadilah kita hamba yang bersyukur:)

0 comments:

Template by - Abdul Munir