Sunday, October 19, 2008

info SIhaT



Gaya Sihat Nabi Muhamad s.a.w

Nabi Junjungan Mulia mengamalkan cara pemakanan dan amalan-amalan lain yang telah dibuktikan manfaat dari sudut kesihatannya oleh kajian-kajian moden. berikut adalah apa yang diamalkan oelh junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w

Mandi.

Mandi pagi sebelum waktu subuh ataupun paling tidak sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang berkumpul.

Tafakur

Pada waktu solat subuh disunatkan kepada kita untuk bertafakur ( iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). InsyaALLAH dapat mengelakkan daripada sakit pening dan migrain.

Jilat Jari Selepas Makan

Nabi s.a.w mengajar kita untuk makan dengan menggunakan tangan. Setelah habis makan hendaklah menjilat hujung jarring( bukan keseluruhan jari). Kajian saintifik menunjukkan bahawa enzim banyak terhasil dari celahan antara kuku dan isi kita, iaitu lebih 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. Enzim ini amat penting untuk membantu mencernakan makanan.

Elakkan Mencampurkan Makanan Darat dengan Makanan Laut.

Di dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi s.a.w pernah menegah kita makan ikan dengan susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Saintis menemui bukti, badan ayam mempunyai ion positif, manakala ikan mengandungi ion negetif. Maka apabila bercampur akan terjadi tindak bals biokimia yang merosakkan usus kita.

Elakkan kombinasi makanan berikut:

· susu + daging

· daging + ikan

· Ikan + susu

· Ayam + susu

· Ikan+ telur

· Ikan + daun salad

· Susu + cuka

· Buah + susu (cth:koktel)

Elakkan juga amalan berikut:

· makan buah selepas makan makanan berat. Jadi amalkan makan buah dahulu.

· Tidur satu jam selepas makan tengah hari

Minum cara Nabi

Nabi Muhamad s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi iaitu air yang disimpan semalaman. Sejuk bermaksud sejuk pada suhu bilik. InsyaALLAH susah terkena penyakit.

Rasulullah juga suka meminum air sejuk dengan dicampur madu untuk tujuan amalan kesihatan. Baginda melakukannya sebelum makan apa-apa pada waktu pagi. Kebaikan amalan Baginda ibi telah dikenal pasti iaitu;

1) menghilangkan balgham(kahak/lendir)

2) mencuci perut

3) membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.

4) Menghilangkan senak perut dan sedu

5) Memberbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati

Minuman manis dan sejuk

Sayiditina Aisyah meriwayatkan “ antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah menyukai minuman manis dan sejuk”

Minuman manis dan sejuk yang disukai baginda ialah air campuran madu atau nabiz( rendaman tamar)

Semoga dengan mengamalkan apa yang Junjunagan Mulia amalkan kita akan kekal sihat dan anggun

1 comments:

Mind Freak said...

salam

ape yang saudari post kan memang betul. dalam bidang perubatan sendiri, memang digalakkan minum minuman yang sejuk.

kerana minuman yang panas, mengurangkan efisiensi oksigen dalam air.

Template by - Abdul Munir