Thursday, October 23, 2008

ruMAhku SyUrgaKU


Tips membina’ syurga’ rumah tangga

Dalam usaha membentuk keluarga sejahtera umpama syurga oleh semua ahli keluarga, perkara asas yang perlu diberi perhatian dan diamalkan oleh setiap ahli keluarga.perkara-perkara yang mesti diberikan keutamaan:

1) membina kebahagian; kebahagian adalah abstrak serta subjektif yang lahir daripada hati seseorang. Antara kebahagian dapat dilihat apabila seseorang itu berasa senang, gembira melihat raut wajah serta tingkah lakunya. Kegagalan mendapatkan kebahagian akan menjadikan individu itu berasa kecewa.


2) Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan: ilmu pengetahuan mempunyai tiga kepentingan utama. Pertama, membentuk peribadi muslim. Kedua, membentuk kesatuan ummah yang kuat. Ketiga, mempertahankan kesucian dan ketinggian agama Islam. Sekiranya umat Islam tidak mempunyai ilmu pengetahuan, kesucian agama akan terjejas. Dalam membina syurga rumah tangga, ilmu sangat penting. Ilmu tersebut digunakan anak-anak dari lahir hingga dewasa. Anak-anak pula dihantar ke sekolah untuk mendapatkan pelajaran.


3) Mewujudkan suasana penghayatan islam dalam keluarga: kebahagian dalam sebuah rumah tangga bermula dari rumah. Dalam hal ini, aktiviti solat berjemaah, membaca al-quran bersama, makan bersama dan membaca buku bersama menjadi asas utama dalam pembentukan rumah tangga.


4) Mengekalkan kedamaian dan kerukunan dalam rumah tangga: rumah tangga yang bahagia mempunyai unsure kedamaian dan keselesaan. Suami bertangungjawab memandu isteri dan ank-anaknya ke arah jalan yang diredhai. Ini dinamakan proses didikan yang mana diterapkan unsure-unsur sifat mahmudah dalam kehidupan.


5) Memelihara kesihatan dan kebersihan keluarga: kesihatan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Dalam Islam, kita dianjur supaya menjaga kesihatan dan kebersihan mengikut ajaran Islam. Kesihatan yang baik mampu membantu kita menjalankan ibadat dengan baik.


6) Mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah tangga.: maksud keselesaan ialah, setiap anggota keluarga mempunyai bilik tidur yang selesa, ruang rehat yang selesa , mempunyai ruang udara yang mencukupi dan keperluan lain.


7) Berkomunikasi secara baik dan sopan: komunikasi adalah alat interaksi, di mana manusia akan memperoleh persefahaman, kesenangan, perubahan sikap dan perhubungan yang baik. Komunikasi yang baik dalam keluarga akan menimbulkan rasa kasih dan hormat.


mutiaratihani: moga dengan membina 'syurga' rumah tangga di dunia ini kita akan berjumpa bersama keluarga kita di syurga yang abadi

3 comments:

Fahmi said...

emmm,tp kan guane skrg ni ramai psgn muda yang baru kahwin da bercerai berai..nak kate x kenal hati budi,bcinta smpai nak rak..2-3 tahn..emmm,guane tu..konselor tolong jawab..askum!

Simfoni Islam said...

salam. diriku ini dalam delima untuk mendirikan rumah tangga kerana masih belum memahami ape itu konsep rumahku syurgaku. tapi alhamdulillah, dengan artikel ini dapat membantu kita kepada pasangan yang ingin berkahwin supaya perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat dan minta dijauhkan dari segala masalah.

UstazMuda (",) said...

Salam...ana juga tertarik dengan penulisan ni.. mmg btol, rumahku syurgaku.. tp bagaimanakah bg insan2 yang tak tinggal di rumah mcm kite semua ni?hehe
Oklah..apa pun banyak tips2 berguna yang boleh kite guna dan cuba aplikasikan dalam kehidupan kita pada hari in..
tahniah buat penulis dan juga tahniah buat owner blog ni atas penghasilan blog yang amat menarik dan penuh dengan input berguna..

Template by - Abdul Munir