Sunday, October 19, 2008

ISLAM dan SAINS


Azan Setiap Saat di seluruh dunia…

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan nabi Muhammad adalah rasul Allah.

Dimulakan dari Indonesia yang terletak di bahagian Timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200 juta orang.sebaik waktu subuh azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan keagungan Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1 hingga 2 jam. Belum pun selesai laungan azan di merata Indonesia, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Myanmar dan dalam masa 1 jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Daka di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di Barat India. Perbezaan waktu di Bandar-bandar Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka masa ini azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat,Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE,Makkah,Madinah,Yaman,Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur atlantik adalah 9 hingga 12 jam.

Belum pun azan subuh berkumandang di pantai timur atlantik azan zohor kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah...begitu hebat dan agungnya Islam. kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegar satu dunia dengan laungan azan yang tidak putus-putus. Allahuakbar!!

0 comments:

Template by - Abdul Munir