Sunday, October 19, 2008

penDIDIKan


Penghalang menuntut ilmu..


Pepatah inggeris ada mengatakan ‘no pain, no gain’ uang bermaksud: ‘tidak ada yang kita akan dapat melainkan dengan pengorbanan’. Begitu jugalah jika ingin mendapatkan kemulian dalam menuntut ilmu. Ia pasti ada tentangan yang harus kita hadapi.

Beberapa hal yang dapat menghalang sampainya kemulian ilmu kepada seseorang ialah:

1) 1) Niat yang rosak- niat adalah dasar dan pokok amal. Apabila niat rosak, maka rosaklah semua amalannya. Imam Malik bin Dinar mengatakan: ‘barangsiapa yang mencari ilmu bukan kerana Allah maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia akan di cari hanya kerana Allah’.

2)2)Ingin terkenal - pernahkah terlintas dalam fikiran kita di saat menuntut ilmu untuk’mendapat tempat pertama dan menjadi juara?” kita ingin menjadi terkenal dan disanjung. Rasulullah sangat mengkhuatirkan adanya penyakit ini pada umatnya kerana penyakit itu halus hingga muncul tanpa disedari. Rasulullah mengibaratkan penyakit riyak ibarat semut hitam di batu hitam pada malam yang gelap. Oleh itu berhati-hatilah.

3)3)Lalai menghadiri majlis ilmu- jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu dan pelajaran yang disampaikan, tentu kita akan menyesal. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alas an itu saja sudah cukup sebagai pendorong menghadirinya. Apalagi jika seseorang itu mengetahui bahawa orang yang menghadiri ilmu akan mendapat dua keuntungan iaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat.

4)4)Beralasan dengan banyaknya kesibukan- ini sering dijadikan alas an bagi syaitan untuk menghalang seseorang dalam menuntut ilmu. Allah berikan kita 24 jam-8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirehat dan masih ada 8 jam yang berbaki. Apa yang telah kita lakukan pada waktu yang berbaki itu.bosan dalam menuntut ilmu- di antara penghalang menuntut ilmu adalah berasa bosan. Bosan itu adalah satu penyakit. Dan tidaklah Allah menurunkan satu penyakit itu tanpa ubatnya. Allah juga tidak menimpakan sesuatu musibah tanpa penyelesainnya mengikut al-quran dan sunnah. Maka kita harus melawan rasa bosan yang terkadang timnul saat kita belajar. Belajarlah sampai kita merasai nikmatnya ilmu.

5)5)Menilai baik diri sendiri- maksudnya ialah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila orang lain memujinya.

6)6)Tidak mengamalkan ilmu- tidak mengamalkan ilmu yang diperolehi merupakan satu sebab hilangnya keberkatan ilmu. Allah s.w.t benar-benar mencela golongan ini, dalam surah ash-syafi ayat 3 yang bermaksud: ‘amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya’.

7)7)Putus asa dan rasa rendah diri- Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud: dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur’.

8)8)Putus asa dan rasa rendah diri- putus asa dan rasa rendah diri adalah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa.

9)9)Terbiasa menunda-nunda- jangan biasakan sifat menunda-nunda menguasai diri dan tertanam dalam hati kerana ia akan menyebabkan lesu dan merosak hati. Sifat menunda-nunda ini juga menyebabkan kita semakin malas dan hasil kerja yang diperolehi kurang sempurna.

10 10)Belajar dari ahlul bidaah- seorang penuntut ilmu tidak boleh belajar pada ahlul bid’ah kerana ahlul bid’ah merasa reda terhadap sesuatu yang menyelisihi agama. Ia seolah-olah mengatakan bahawa Allah belum menyempurnakan agama ini dan Rasulullah belum menyampaikan risalah secara keselurahannya.

11)11)Tergesa-gesa ingin memetik buah ilmu- seorang penuntut ilmu tidak boleh tergesa-gesa dalam usahanya memperolehi ilmu kerana belajar adalah proses seumur hidup. Belajar dalam masalah agama khususnya tidak memadai dilakukan dalam masa satu atau dua tahun sahaja.

Moga-moga ilmu yang diperolehi mendapat reda Allah dan akan menjadi petunjuk jua cahaya dalam kita melalui liku-liku hidup ini.:)


0 comments:

Template by - Abdul Munir